Aspek ekonomi Ekonomi_Selangor

Perindustrian dan perdagangan

Sektor perindustian merupakan penyumbang utama terhadap kerancakan ekonomi negeri iaitu menyumbang lebih 58% dalam KDNK negeri pada tahun 2008, malah ia merupakan nadi ekonomi negara. Selangor mempunyai sektor pembuatan seperti elektronik, bahan kimia dan kenderaan automotif yang terbesar di Malaysia, seperti kereta Proton dan Perodua. Banyak kilang-kilang dari luar negara yang bertapak di negeri ini antaranya Panasonic dari Jepun, Procter & Gamble dan Motorola dari Amerika Syarikat, Unilever dari Belanda, Nokia dari Sweden dan banyak lagi. Antara kawasan perindustrian yang terkenal ialah di Shah Alam, Subang Jaya, Klang, Kajang, Rawang, Selayang, Ampang Jaya Petaling Jaya dan Banting.

Pelabuhan Klang merupakan faktor utama kemajuan perindustrian di Selangor, pelabuhan ini juga merupakan pelabuhan yang tersibuk dan terpenting di Malaysia.

Pertanian

Selain perindustrian dan pelabuhan, bidang pertanian juga semakin berkembang maju walaupun hanya menyumbang 3.1% kepada KDNK negeri. Antara kejayaan yang telah dikecapi adalah seperti "Lembah Buah Selangor" merupakan pengeluar buah-buahan tropika terbesar dunia seperti belimbing, betik dan pisang. Begitu juga dengan sawah padi di Kuala Selangor yang diurus secara estet dengan kaedah pengairan serta penanaman moden, berjaya mengeluarkan hasil purata sehektar tertinggi di negara ini iaitu lebih 7 tan sehektar. Aktiviti pertanian kelapa sawit dan getah juga dijalankan di negeri ini.

Perkhidmatan

Sektor perkhidmatan merupakan penyumbang kedua terbesar terhadap KDNK negeri iaitu sebanyak 38%.